Wednesday, April 27

who am i , who i am


Hi & Assalamualaikum.


Siapa suka saya ? mestila awak tak suka kan ? Tak pe awak sila bla sekarang tekan close tabs awak pastu publish kat facebook yang blog saya ni tak best . Ada saya kesah ke ? Sejak dua menjak ni saya mengalami pergolakan dengan jiwa dan emosi sebab saya stress William nak kahwin dengan Kitty da hahahah . alololo Kate please don't mad at me , saya sayenggggg awakkkks lebihssss .


Hari ni saya nak buat biodata saya , ala macam kita buat masa kita budak sekolah rendah dulu . Masa tu buat sebab kita ingat kita akan berpisah la konon padahal kawan ngam sampai sekarang hehehe.

Nama itewww Nurul Aqilah iteww tahu nama iteww tak sedap macam name mikewww . Umur iteww 18 tahun , iteww anak no 3 . iteww la yang paling comei dan gedik dalam keluarge iteww . iteww suka bodek ibu ayah iteww , kakak kakak itewww selalu jeles dengan itewww . bila iteww beli barang yang bagus bagus , kakak kakak iteww cakap tak bagus tapi iteww diam jela .

iteww suka giler kat abang korea . tapi kawan-kawan lelaki iteww selalu kutuk orang korea , orang korea tak salah . iteww selalu berangan nak kahwin dengan orang korea tapi kakak iteww selalu marah kate itewww perasan . Hari tu itewww mimpi itewww kahwin dengan G-dragon meyh , mengkome jangan tak percayewww taw.


iteww boleh le berbahas mandrin , hangul , kanji . Tapi sikit-sikit jela . Bahasa mandrin paling best sebab kawan itewww kebanyakan orang cina . Kawan itewww selalu speaking mandrin dengan itewww hehehe pastu iteww pun perasan la itewww ni kacukan cina . eh eh jangan tak percaya ade orang pernah ingat itewww ni orang cina taw KLIK SINI


iteww kalau bole nanti bila kahwin nak tema garden.iteww memang dah siap cakap kat family iteww yang iteww nak tema garden jadi adik beradik iteww yang lain tak bole la cilok idea iteww ni.Tapi iteww risau satu pekara nanti bila iteww dah kahwin , iteww ni jenis yang tido lasak kot . Enta le iteww tak tahu nak explain . Itew suka tido kaki bukak luas-luas sampai tak de orang bole tido kat sebalah iteww . iteww tak suka kongsi katil sebab iteww rase katil tu kecik je saiznya , tak kira la size queen ke , king ke tetap kecik iteww sorang pun tak muat . Tu la masalah utama itewww 


BERSAMBUNG .........




Tuesday, April 26

our relationship got distance

Hi & Assalamualaikum.


I woke up this morning and staring at my face in the mirror . i look ugly at all and i hate about it.i'm thinking about you last night . 

thanks for being my best friends ,the one that always been here ,the one that always protect me even you'r far away ,  the one that loved me with all your heart . thanks for loving me as i am . i know i'm burdening you with my  nagging , crying , talking . 

Let's erase all the bad memories , i'm sorry . i know how you feel like but i can't say anything except sorry . i hope you will meet a nice girls out there . someone that deserve you better than me , someone that will love you with all her heart  , someone that will treat you nicely . 

Don't worry about me , i'll happy even i don't know when i will . be happy and find you happiness .



Thursday, April 21

Yang Yoseob Wife Wannabe


Hi & Assalamualaikum.



Ada budak ni kecik kecik dah gatal nak kahwin . Pastu cilok Yang Yoseob dari aku pulak .Mandi nyanyi lagu BEAST.Pakai baju nyanyi lagu Beast .Dalam kereta pun nyanyi lagu Beast . Kalau sehari tak nyanyi part ''everyday i shock shock , everynight i shock shock '' mesti tak sah tu pun nyanyi semua part Yoseob , part ahli lain tak nyanyi demand betul .


Dah tu ade cita cita nak kahwin dengan Yoseob siap kate '' nanti eera nak kahwin dengan Yosob '' .Pastu kalau aku cakap Yoseob tak nak kahwin dengan budak kecik macam eera mesti dia nak gadoh dengan aku . Aku pun tak paham la , k amek la Yoseob tu aku amek Usop Wilcha lagi bagus . 










Nama : Iylia Nursareera Binti Faizul
Umur : 4 tahun 
Cita-cita : Nak kahwin dengan Yang Yoseob 








K , eera amik la Yoseob tu nanti kahwin ajak acik taw . Acik nak merajuk ni bai .




Thursday, April 14

my ambition.


Hi & Assalamualaikum.

Selamat malam semua , aku nak tanya korang semua ada cita-cita tak ? Mestila ada kan ? Tapi aku macam tak de , aku tak tahu sebenarnya aku nak jadi ape .Dulu bila cikgu tanya nak jadi ape bila besar murid-murid ? Jawapan murid yang sangat typical ''doktor '' cikgu , ''polis'' cikgu . 

Masa aku form one , aku nak jadi doktor . Form 2 nak jadi tailor . Form 3 nak jadi fashion designer . Form 4 kononya nak jadi accountant form 5 nak jadi guru sebab tengok teacher ajar best giler . Sekarang tak tahu nak jadi ape ? Tak tahu mana satu pilihan dihati . Bila cakap kat ayah yang aku nak jadi pertenak ikan ayah sangat gembira sebab aku mewarisi bidang pekerjaan beliau.Ayah aku kerja bidang perladangan kiranya ade la kena mengena jugak . Bila cakap kat ibu yang aku nak jadi dentist ibu cukup gembira sebab akhirnya ade juga waris dia yang nak mengikuti pekerjaan beliau . ibu aku kerja dibidang kejururawatan tapi anak-anaknya tak seorang pun yang minat jadi nurse.sebab kitaorang tahu sangat bertapa susah pekerjaan itu.

Paling yang membuatkan aku pening bila sedara-mara menyibuk menentukan masa depan aku . Gila alergi la , bila datang rumah je tanya da buat keputusan ke nak belajar bidang ape ? dalam hati da maki hamun da.teruk kan aku ni ?  yela weyh ibu dengan ayah aku tak pernah paksa adik beradik aku yang lain ikut pilihan diorang ni sedara mara yang lebih-lebih pulak . 

Kalau aku kata cita-cita aku nak jadi isteri yang misali okay tak ? ataupun cita-cita aku nak kahwin dengan orang kaya pastu aku jadi seorang suri rumah yang bahagia boleh tak ? hehehe . k bai aku nak tido mimpi bakal suami aku , harap-harap aku mimpi abang Korea hehehe :)


Tuesday, April 12

contest blog sedap mata memandang






cik elly yang tag saya . contest ni dibuat oleh nur farah balqish.nak join ni la syarat-syaratnya

 

1. Kepada semua blogger , tak kira lelaki ataupun perempuan :)
2. Follow lah blog saya , biar senang awak semua tahu tentang Contestnih dari semasa ke semasa :)
3. Buat satu entry dekat blog anda tentang tajuk contest sedap mata memandang :) letak kan sekali banner contest nih jugak yer :D
4. Bila dah siap , sila tinggalkan link anda di ruangan comment :)
5. Tag kan dekat blogger blogger yang lain . Pastikan mereka tahu

Monday, April 11

aku bukan lah seorang pelajar yang cemerlang.


Hi & Assalamualaikum.



Selamat malam semua , tadi aku saje la bukak folder gambar aku kat handphone pastu terlihat gambar ini: 






ini Ridwan kekasih gelapku . Dulu aku tak suka dia tapi entah macam mana form5 aku dapati dia ni comei jugak hehehe jadi aku mengambil keputusan nak suka kat dia . Tapi bila aku kata aku nak kahwin dengan dia , elly dengan fana mesti nak halang aku daripada mempunyai cita-cita begitu hehehe. Rindu nak gaduh dengan korang dengan efa , tiqah :(


untuk pengetahuan semua aku ni bukan pelajar cemerlang kat sekolah,aku pelajar yang bemasalah .Korang TAK TAK TAK percaya ke ? aku tahu korang mesti tak tak tak percayeww kan sebab aku ni kan comei jadi tak nampak macam aku bermasalah kan ? hehehe.okay cukup , aku tipuu :0 . aku memang pelajar yang bermasalah meskipun rekod pelajar aku bersih bersinar , tetapi aku memang bermasalah dari segi displin sampaikan pengetua aku pun selalu tegur aku sebab dia sayang lebih kat aku HAHAH.






aku selalu datang sekolah lambat




-  aku sebenarnya tak de masalah nak bangun awal ni. cuma aku suka mandi lama-lama sampai ibu aku marah    .Pastu aku suka pergi sekolah 5 minit sebelum loceng berbunyi sebab aku malas nak beratur .Kadang-kadang aku kena amik nama dengan pengawas . sebab aku ni baik aku selalu la bagi nama penuh dengan kelas aku tak macam kawan aku selalu tipu nama. contohnya kalau dia lambat hari isnin dia tulis nama dia Fatimah kelas 5 wira kalau hari selase nama Rabiatul dan seterusnya . Tapi memang tak pernah kena tangkap la dengan pengawas aku pun tak tahu sema ada dia bertuah atau pengawas tu yang bodoh .




 Pastu aku dengan kawan aku penah datang lambat sampai perhimpunan tamat baru datang pastu siap boleh pergi top up kat petronas , sampai semua orang kat petronas tu pandang semacam. pastu dah sampai pintu pagar buat muka kerek sampai pengawas tegur pun tak takut sebab ala pengawas tu semua junior kitaorang takut punya dengan kitaorang ni .






pengetua sayang aku lebih dari budak kelas peralihan.


-jujur weyh pengetua aku memang sayang aku lebih la.Kat mana ada aku mesti ada pengetua.Masa aku tengah belajar subjek sains kawan sebelah aku kata dia sakit kepala jadi dia pun letak la kepala dia kat atas meja sebab aku tak nak kantoi dengan abe ( cikgu sains aku ) aku pun letak la kepala kat meja tanya nak minyak ke ? alih-alih tiba-tiba ade lembaga datang serang aku dari belakang . pastu aku panas la tiba-tiba pukul orang ni aku pun pandang belakang tengok pengetua yang pukul aku .Satu kelas terkejut sebab dengar pengetua marah aku tido pastu bila pengetua dah keluar abe perli aku tapi aku tak kisah sebab aku memang tak tido . Allah maha mengetahui dan kawan sebelah aku pun tahu aku tak tido.




lagi satu kes , masa tu ada rehearsal hari anugerah .Dah 5 tahun aku sekolah baru la aku dapay merasa naik atas pentas terima hadiah . Memang la rehearsal tapi jantung aku berdeba giler.Tiba giliran aku , aku pun naik la pentas tu pastu buat-buat amik hadiah dah turun pentas aku tarik nafas lega pastu aku jalan la nak pergi tempat duduk aku sekali pengetua panggil aku , aku pun pergi la . Dia tegur aku kata kasut yang aku pakai tak boleh pakai kat sekolah, masa tu aku pakai kasut flat yang tak bertali tu sebab aku rasa kalau aku keluar pusat sumber mestila aku yang menang sebab aku pantas dan tuntas pakai kasut hehehe.Pengetua pun kata la '' jangan pakai kasut ni esok yea, esok ramai orang datang and blablabla '' aku pun mengangguk la sambil buat muka bodoh .




Aku selalu kena denda .


Tengok-tengok , pelajar perempuan tak ramai yang kena denda kan ? Tapi aku selalu kena denda bila ade subjek sains dan bila ada subjek sains aku mesti kena denda . Aku pun tak tahu la kenapa ya . Kalau kelas abe aku je la pelajar perempuan yang kena denda yang lain semua lelaki .Ramai kawan aku tanya aku tak malu ke kena denda ? aku cakap ek eleh , buat apa nak malu bukan aku bukak baju lagipun korang semua kan kawan aku tak de la aku segan sangat. Aku selalu kena denda berdiri kat penjuru , kadang kadang berbaris kat depan pastu akula yang paling hujung sebab aku je perempuan . 






Bila aku fikir-fikir balik , aku sebenarnya tak kisah la kena denda , kena tegur sebab aku rasa tu fun fun fun and fun . macam kalau aki dah tua esok aku bola cerita kat cucu cicit aku , pastu aku bangga sebab kisah zaman sekolah aku menyeronokkan daripada kisah korang sebab apa ? sebab aku lain dari korang HEHEHE.



Thursday, April 7

phobia #2


Hi & Assalamualaikum.


Selamat malam kawan-kawan .Nama saya MEATGIRL .Saya suka makan meat meat .Sebelum ni saya ade bagitahu korang pasal phobia saya kepada anjing kan ? Tak ingat sila kilik phobia #1 . Mesti korang rase saye ni menipu giler kan ? kejap saya yang phobia sekarang kakak saya yang phobia .Betul weyh betul , keluarge saya semua yang nak penyakit phobia je yang lain tak main la ,hehehe.


Cerita ni berlaku masa saya kecik lagi , masa tu kami sekeluarga tinggal kat tapah .Sila amik mood seorang ibu sedang membacakan buku cerita kepada anaknya okay ? Pada suatu hari,ibu mengajak kami mengemas stor , sedang sibuk mengemas stor angah terjumpa belt warna hitam siap bersinar-sinar gitu .Angah begitu terpesona dengan kebersinaran belt itu.Apa aku merepek ni . Selepas itu angah tanya la kat ibunya nak ke belt tu ? ibu kata amek la nak tengok . Angah pun mengambil belt yang disangkakan betul-betul belt .Ohhhhhhhhhmjyyyyy , belt itu sebenarnya bukan belt tetapi ular yang berwarna hitam . Giler terkejut kami semua sambil berlari keluar daripada stor .Lepas tu ibu call bomba lepastu bomba datang berlumba-lumba lepastu bomba berlumba-lumba nak tangkap ular tu . 


Dan sampai sekarang angah trauma dan phobia akan ular , sehinggakan ade iklan tunjuk binatang pastu dia ternampak ade ular mesti dia akan menutup mata pastu suruh tukar channel lain . Phobia kepada ular nama scientific nya ophidiophobia lagi panjang dan payah nak menyebutnya dari nama phobia saya hehehe.

Monday, April 4

saya dengkii sangwattttttt kat awak !


Hi & Assalamualaikum.



Selamat malam ! saya nak buat pengakuan ni .Hehe.Saya sebenarnya ade hasad dengki .WHOA,AWAK NI JAHAT TAK BAIK  . Saya bagitahu awak sorang je yang saya ni seorang yang pendengki . 


Saya dengki kepada benda yang baik bukan kepada benda yang memudaratkan seperti saya dengki jiran sebelah rumah saya sebab anak dia kahwin buat majlis grand-grand sebab dia kahwin dengan jejaki berumur yang telah di bomohkan . TAK saya tak dengki kepada benda-benda begitu .Saya dengki kepada mereka yang mempunyai mata yang besar .SAYA DENGKI , SAYA DENGKI ohmayjay saya memang dengki dekat orang yang mempunyai mata yang besar daripada saya . 


Lepas menjadi anak dara yang berumur 18tahun , saya juga ingin mencuba mencomeikan , mencantikkan diri saya .Jadi sebab masa saya jadi budak old school dulu saya tak reti nak pakai maskara , lip bam semua.Ni tahu pasal ni semua pun lepas tengok mekap KAK LIMAH yang COMEWYYYYYY sangat .


Cakap jujur yang kelopak mata saya kecil walupun pada lumrahnya mata saya tak de la sepet mane , tetapi apabila saya mentry memakai '' eye shadow '' pada kelopak mata tidak akan kelihatan .Walaupun saya mencalit setebal 4m warna eye shadow tetap tidak akan kelihatan ==' sebab tu la saya DENGKI , DENGKI sangat kat FL sebab dia comei sangat pakai bulu mata palsu . SILA LIHAT INI : FL


Tehhhhhh , awak tengok FL begitu comei memakai bulu mata palsu dan awak semua sila cepat-cepat breimaginasi kalau saya yang pakai bulu mata tuu . confirm tak lawa weyh =='


*can't take my eyes over this video


Friday, April 1

saya rindu awak , baby .


Hi & Assalamualaikum.



hai nama aku Nurul dan Aqilah , nak panggil dua-dua pun boleh . tapi lebih afdal panggil antara dua itu. aku tengah membuat latihan meringgankan jejari-jejari tangan aku supaya aku dapat menaip 50 patah perkataan dalam 20 saat dan apabila rekod telah tercipta aku akan menjadi orang pertama yang menempah penerbangan tambang murah air-asia yang berharga kurang daripada RM50 dan menaiki flight kelas ekonomi kerana aku kesempitan wang .



dan setelah aku tiba di airport SENAI aku akan menaiki teksi menuju ke KULAI JAYA beretmu baby kesayangan.baby aku berumur 4tahun , pandai bercakap , bermulut murai , perutnya buncit dan suka becerita tentang cerita hantu specially hantu kak limah . 



^

^

^

^

^



baby aku sangat gedikss

^


^


^



^









^










cowwwwwwwmeiiiiiinyaaaaa, tak payah la tengok gambar ni lama-lama aku tahu nanti bila dia dah besar korang nak masuk meminang dia kan ? ah ta payah , dia baby aku tanya aku dulu HAHAHA.