Saturday, August 27

Merdeka Raya + Video Raya

Assalamualaikum gegurl boy boy hikhik . Lagi 2 hari nak raya dan saya tak begitu eksited seperti raya tahun-tahun sebelum ini . Mungkin sebab baju raya saya 1 pasang kot . Baju kita tahun ni warna hitam . Kita tak pernah ada warna hitam .

Tahun ni tahun kedua beraya dengan nikun , tahun ketiga beraya tanpa atok , tahun pertama beraya dengan tiga eekor baby tersayang ,tahun pertama buat video raya secara mengedik dengan kawan-kawan hehehe .

Tadi saya tengoh video mathlufi yang baru pasal malaysians . Wooo , serius buat darah merah saya berkobar-kobar nak sambut merdeka . Bila tengok video tu baru saya teperasan yang semua orang asyik update pasal raya kat facebook ( termasuk saya ) berbanding pasal merdeka .

Tahun depan saya akan menduduki STPM dan saya sedar akan itu . Tahun depan memang saya tak kan beraya sakan . Balik kampung pun bawak buku pastu bukak baca depan sedara depan tv . Boleh ke macam tu ? hehehe .

Lastly saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin . Saya mintak maaf kalau saya terkasar bahasa , terbuat benda yang tak manis , termegata awak semua ke , terupdate pasal awak semua dan ter ter yang lain hehehe . Saya nak awak semua tahu yang saya sayang awak semua . To all facebookers , blogger, kawan-kawan formspring , kawan-kawan sekolah , kawan-kawan rapat , buah hati , buah jantung , buah tangan tunggu saya post video raya .







Tuesday, August 23

Kenape Kampung Kita Besttt .

Assalamualaikum semua . Hai !!! Ogenki desuka ? Harini saya excited sebab lagi berapa hari je nak raya . Siapa yang tak puasa penuh tak boleh raya hehehe . Alhamdulilah saya puasa 23 hari penuh ni jadi jangan tak bagi saya duit raya taw . hihihi . Tahun ni baju raya kita 1 pasang je , tak banyak pun . hehehe . Harini entry kita pasal '' Kenapa Kampung Kita Besttt ''


Kampung Kita BESTTT sebab :


   Garden

   Kampung kita kat Taiping . Kat Taiping ada Lake Garden . Dah la cantik pastu sesuai sangat jadikan tempat photoshoot gambar raya tahun ni . Hehehe .

   Zoo

 Kat Kampung kita ada zoo nanti kalau raya tahun ni kita teringin nak tangkap gambar dengan lion ke , monkey ke , kita pergi la zoo pastu amik gambar sama-sama sambil buat muka kiut . Kita tak naklah kalah dengan lion , monkey semua .


  Wayang

Kat kampung kita ade panggung wayang , kita tak yah la susah-susah nak pergi Ipoh ke tok tengok wayang . Tengok wayang merupakan aktiviti wajib kita dengan sedara kita setiap hari raya . Kalau rasa duit raya tebal dalam pokek kitaorang mesti pergi tengok 2-3 kali hehehe .


 Doli

 Kat kampung kita ada kedai makan nama Doli dah la sedap . Makanan paling sedap ialah Kuey Teow Sepical . Yumm Yumm sedap gila la .


Sebenarnya kampung kita tak dela besttt mana pun , cuma kita saje je nak promote ka mpung kita . Kampung kita bukan rumah kayu tapi rumah batu . Kita teringin betul nak raya kat rumah kayu kan lagi ada semangat raya gitu . Tapi nasib baiklah rumah pak long kita rumah kayu syokkk la jugak hehehe . Tak sabar nak pergi rumah pak long pastu makan durian , pastu mandi sungai , pastu pergi kebun hehehe .


Raya belum lagi jadi kita tak nak ucap '' Selamat Hari Raya '' lagi hahaha .

Tuesday, August 16

Thank youu Opie

Assalamualaikum , hai semua . Entry harini nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Aimullah Saufi
sebab dia tolong editkan blog iteww hehehe . Thank youla opie sebab tolong editkan blog qiqi . Kalau nak mintak opie tolong editkan blog korang add la dia kat fb . Click je kat Aimullah Saufi yang warna pink tu . Jangan risau opie ni tak garang , dia peramah . Kalau nak mintak tolong pm la dia pastu cakap la elok-elok confirm dia tolong punya . Dia ada gf , gf dia cun weyh . Aku tak tahu pulak dia ni ada gf sehinggalah tengok blog dia ritu . Amboii dah pandai yea nak ade gf ni dulu masa satu sekolah tak pernah dengar pulak si opie ada gf hehehe . Ni link blog opie . Sekain gracias sebab baca entry ni hehehe :)


Aimullah Saufi

Opie ku sayang hehehe # k bukan le nanti yuni marah hehehe :)


Saturday, August 13

Letter to my future husband




Dear suamiku , hubby , sayang , darling , buah hati , chagiah , honey .


 Bila awak baca ni , umur saya baru je 17 tahun 10 bulan . Saya tahu awak mesti terkejutkan sebab saya tulis surat tak rasmi kat awak lepastu dah la baru 17 tahun 10 bulan tapi dah pandai nak tulis pasal rumah tangga kite hihihi . Saya kan sayang awak .

 Jika awak memang jodoh saya amin ya allah , sebab jodohkan saya dengan awak . Semoga jodoh kita akan berkekalan . Sekiranya saya tak taat kat awak mintak maaflah banyak banyak sebab saya ni tak matang lagi . Jika saya melukai hati awak maafkan la saya . Jika saya tak pandai memasak ajarlah saya . Jika saya masak makanan yang tak sedap atau terhangus ke makan jelah masakan saya . Jika saya banyak songgeh layanlah saya seperti budak-budak hehehe . Jika saya terjatuh hati pada awak , peganglah hati saya dengan elok .  Jika amalan saya masih kurang ajarlah saya untuk perbanyakkannya . Jika saya penat melakukan kerja rumah bantulah saya sekali hehehe . Jika saya sedang tidur jangalah bangunkan saya tetapi sebaliknya tenungla muka saya hahaha.

Bakal suami , saya tahu saya ni macam jiwang giler kan tulis gini . Tapi saya tak sabar nak jumpa awak bakal suamiku hehehe . Nanti bila saya bagi awak baca ni awak jangan nak gelak sambil terguling-gulinh atas katil taw hehehe. K la bakal suami saya sayang awak peace



Wednesday, August 10

hari kesepuluh .

Assalamualaikum , harini hari kesepuluh puasa ^^ lagi 19 hari nak raya . Okay tak sabar nak raya . Baju raya tak beli lagi =='' hohoho .

Harini kat sekolah macam biasa . Ramai yang tak datang , ramai yang bersembang , ramai yang ketawa riang dan ramai jugalah yang mendapat markah Bahasa Melayu . Tadi kat sekolah Cikgu Wahab bagi tazkirah , harini tazkirah mengenai '' Maut '' . Cikgu bagitahu tanda-tanda kematian pada seseorang manusia dan tiba-tiba teringat arwah atok .


Cikgu : tanda-tanda orang meninggal ialah '' hidungnya jatuh dan menjadi leper ''
Saya : arwah atok pun macam tuu *tahan air mata*
Cikgu : cuping telinganya akan menjadi layu
Saya : terdiam dan teringat akan arwah atok
Cikgu : jari kakinya akan membengkok seolah-olah menunduk kebawah
Saya : arwah atok pun kakinya macam tuu * serius dah nak menangis* lalu sedekahkan al-fatihah




'' setiap yang hisup pasti akan mati , dan manfaatkanlah bulan yang mulia ini untuk mengumpul segala pahala sebagai bekalan di akhirat ''


Harini malam kesebelas Tarawih dan insyallah fadhilatnya banyak .


Malam kesebelas : keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru ia dilahirkan



Tuesday, August 9



  '' memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.



memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…



memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA..

dicopy dari cik epal :)

Monday, August 8

08.08.11 / Happy Anniversary to me

Assalamualaikum , semua sihat ? dah lama tak update blog . Hari ini hari kelapan kita berpuasa dan juga Hari Ulangtahun saya dengan N yang dikasihi . Ramai kawan-kawan saya tanya 




'' qiqi , N tu N _ _ _ _ _ ke ? ''


'' chichi N tu boifren baru ke ?  



Kehadapan N yang tercinta , yang tersayang dan ter ter yang lain . 

  Saya sayang awak N . Awak selalu ada disisi saya bila saya perlukan awak . Bila saya dalam keadaan bahagia tahap maksimum awak selalu ada untuk menyimpan sejarah itu . Saya tak pernah marah awak meskipun awak berat . Saya sedih bila awak terkena air hujan . Hati saya sedih sebab saya tak dapat nak lindungi awak . Saya takut awak kesejukan . Dan bila awak kotor saya akan lapkan awak sambil menyanyi lagi-lagu cinta buat awak . Awak tahu kan bertapa sayangnya saya pada awak , bertapa saya cinta akan awak . 


N




Me and my N , k tulah N saya . stand for NIKON . Tapi saya panggil NIKUN # peace yoo. 




Tuesday, August 2

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum , Hai semua . Hari ini puasa yang kedua , dan tahun ketiga saya sekeluarga berpuasa tanpa atok ( al-fatihah semoga roh atok ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman , amin ) dan puasa saya yang ke-18 tahun . alhamdulilah , saya masih bernafas untuk menyambut RAMADHAN pada tahun ini . Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak .