Sunday, May 29

Cinta Pertama


Hi & Assalamualaikum. Jealous la tengok kawan-kawan kat facebook sikit-sikit buat '' in a relationship '' . Yang lagi parah bila siap buat married married . Yang buatnya semua muda mudi , kemain baru umur tiga belas keatas ngada - ngada nak buat statement yang dia dah kahwin . Aku yang umur lapan belas tahun ni pun tak pernah nak buat statement gitu hikhik .


Aku dulu ade 3 orang buah hati . 3 je tak banyak mana pun , tu pun cinta monyet je . Dulu aku ingat aku begitu sukan mereka . Cis , sekma giler ayat aku hehehe . Aku percaya yang diorang pun suka aku seorang je . Tapi bila aku dah besar aku pandai bezakan yang mana reality dan fairytale . Aku dah tahu bezakan antara suka dan disukai . Sebelum aku declared yang aku memang suka kat dia aku akan tanya hati aku . Adakah benar aku suka dia atau aku suka disukai oleh dia . Kenapa hati ada satu ? kadang-kadang aku tak dapat nak buat keputusan muktamad . 


Dulu sebelum aku nak ada buah hati , aku mesti tanya kawan-kawan aku . Dan bila kawan-kawan aku puji sikit si dia mesti aku suka hehehe . Sekarang hati aku kosong , tak de pemiliknya . Mungkin aku akan jumpa pencuri hati aku suatu hari nanti . Aku mengaku yang aku seorang yang memilih , aku nak lelaki macam GD jadi buah hati aku tak pun kalau ada muka ala-ala cina pun aku dah puas hati da . Hubungan aku tak pernah nak lebih setahun pun . Baru couple 3 bulan putus dan sampai sekarang aku dah tidak mempunyai buah hati sebab aku rasa takut dilukai lagi ceh ayat jiwangnya hukhuk . 


Aku ada kawan baik , dia seorang lelaki . Aku suka dia . Aku sayang dia . Bila dia tak ada aku rasa macam ada benda yang kurang kat aku dan sampai la suatu hari dia bagitahu yang dia sebenarnya suka kat aku . Aku happy sebab dia suka aku . Tapi perasaan aku kat dia makin lama makin pudar . Aku sendiri pun tak tahu sama ada aku suka dia betul-betul atau sekadar nak balas balik perasaan dia . Aku tahu dia sayang aku . Tapi aku rasa bila aku couple dengan dia hubungan aku dan dia sebagai kawan aku akan goyah . Aku suka kalau dapat communicate dengan '' boyfren '' sebagai kawan . Maksud aku , aku suka anggap boyfren aku macam kawan . Kawan yang boleh aku tendang , tampar , cium pipi dia laju-laju bila dia marah . Opsss sorry itewww teroverr hikhik . Tapi bila kawan kita jadi boyfren kita hubungan kita sebagai kawan akan goyah . Contohnya , bila aku gaduh dengan boyfren aku iaitu merangkap kawan baik aku , aku nak mengadu kat siapa . Dulu kalau '' kawan baik '' sebelum nak taraf jadi '' boyfren '' aku boleh citer semua masalah ni kalau dah itu la kawan baik itu la boyfren aku nak mengadu kat siapa ? lelaki lain ? aku okay je hehehe . Kawan baik aku terlalu baik untuk aku , aku tak layak untuk dia . Aku suka apa lelaki baik-baik ni cuma aku rasa yang aku tak layak untuk diorang . 


Hai . Kawan baik , saya tahu awak baca ni . Saya tahu awak suka saya sangat sangat dan saya errr suka awak jugak . Jujur saya cakap saya suka awak , faham ? Cuma saya tak nak hubungan kita sebagai kawan terjejas dengan perasaan kita yang belum matang ni . Saya tahu awak nak kahwin dengan saya kan ? Saya pun nak kahwin jugak hehehe kalau ada jodoh , awak dengan saya tak kemana . Awak jangan risau okay ? Saya tetap sayang awak  ♥♥♥ 





Friday, May 27

Shesellsseashellsbytheseashores


Hi & Assalamualaikum . Dah lama aku tak update blog . Hehehe entah la aku sekarang ni busy bukan main sampai tengok jalan yang lurus pun aku kata jalan tu bengkang bengkok . Ah lantak la part tu ni nak tanya '' sape tengok NORA ELENA  kat tv3 pukul 7-8 setiap isnin-khamis tu ? syiokk kan weyh . K , dah cukup cukup dengan '' abang SETH TAN '' yang buruk dagu tu hikhik . 

Sekarang ni aku tengah serabut , bosan , sunyi jadi aku nak cerita pasal aku jadi budak form 6 . Form 6 ? what the hei ? Lu tak payah la kutuk Form 6 , Form 6 tak salah yang salah Pak Jabit dah cukup-cukup . Best kot masuk Form 6 . Aku dapat kawan baru , daapt cuci mata , dapat buli budak form lain , dapat duduk kat meja sendiri pastu budak-budak form lain usha peliks . Eh suka hati awok la , jeles la tu dia tak jadi budak Form 6 hehehe . From 6 best sebab :


1. Aku pergi sekola naik motor dah ni .

sekarang ni aku mana main kawan dengan budak-budak bus hup yik dah , aku kawan dengan budak-budak motor je . Ceh ayat belagak nak mampus padahal ade lesen L for LOSER baru hehehe . Pastu aku suka bila budak-budak lain puji aku omeyyy angatt bila awak otorr hehehe . 

2. Aku jumpa crush lama .

Dulu masa aku form 3 aku suka kat budak cina ni dia memang omeyyyy angaatt la samapikan dengan gigi gigi dia sekali aku puja hehe dan sekarang dia masuk form 6 dan hati aku berbunga bunga nak pergi sekolah setiap hari .


okay aku dapat bagi 2 sebab je sebab sekarang ni otak aku blank blank blank . 



Saturday, May 21

Letter to my friends


Hi & Assalamualaikum.


I've lots of friends but i heart them more than anything . 

Dear friends , 

      Even we'r separate from each other let's don't forget about us . You guys are the coolest person i have met . Do you still remember when we first knowing each other ? I'm still remember that moment . It's really awkward because some of us doesn't like each other . Than do you remember when we were in form 2 ? when we got our official group name ...C.B . everyone really like that name . Do you remember when our school buat rombongan pergi Tambun , and that time was really awesome . We were hugging , laughing among each other and we looked so comfortable among us . Do you guys remember when we were in form 3 , we do a revision together and study together and when we in form 4 thats the tough year for me because everyone going their separate ways . et and mis went to brash , mira zuri went to mrsm balik pulau , fatin went to sekola sains then transfer back to bidor but in different school  . and my name did't in science class list that i have to go to second class and have a difficulties trying to adjust with a new environment . And now , we are separate again to achieve our dreams . Guys i really love you all . 




Guys where ever you are , always remember that we are C.B and C.B are cool :) 

Friday, May 20

Cerita Sedih


Hi & Assalamualaikum.

Aku suka dia sangat . Aku suka tengok dia , ketawa dengan dia , buat bising dengan dia . Tapi sekarang aku benci tak suka dia . Dia sangat gedikss dan menyakitkan hati aku . Dah lima masuk tahun ini enam tahun dia dengan aku , aku tak pernah nak marah dia tapi sekarang aku giler menyampah kat dia .Dulu aku tak yah susah-susah bangun pagi nak mandi awal-awal ni . Sekarang 5.58 aku dah bangun , grhh kita bako dia jom bako bako .




I HATE YOU SCHOOL :(


Thursday, May 12

I am Awesome So Wut


Hi & Assalamualaikum.





Hai . Hari ni aku tak pergi sekolah sebab hingus aku meleleh sampai masuk mulut hehehe . Aku bangun pagi terus bukak fesbuk aku dan tengok ade shit comment kat picture aku . WTH . 

Salah ke pakai tudung macam YUNALIS ZARAI ? Salah ke pakai tudung macam HANA TAJIMA SIMPSON ? salah ke ? salah ke pakai tudung ? salah ke mengikut ajaran agama islam ? Dan kau siapa nak cakap aku tak layak pakai tudung macam diorang ? LU SIAPA BAI ? kau tu lelaki , kau ape tahu pasal trend pakai shawl , pashmina macam diorang . Kau tu tahu kumpul awek keliling pinggang , tahu bazir duit beli rokok , tahu bawak motor belakang ade cikaro yang kau bajet 'hot' .


Sekarang semua orang pakai selendang , shawl , pashmina sebab harga selendang , shawl dan pashmina lebih murah dari tudung bawal . Zaman dahulu kala sewaktu belum wujudnya trend yuna dan hana tajima semua orang pakai tudung bawal . bukan ikan bawal . tudung bawal yang ade kelip-kelip menatang ape tah kat tepi tudung . Dulu tudung bawal merwarnai kehidupan ibu-ibu , mak cik - mak cik , kakak-kakak , adik-adik sebab tudung tu je yang wujud di malaysia ketika itu . Dan setelah sekian lama selepas MAWI kahwin dengan EKIN , EKIN keluarkan tudung ekspress yang terus serkup tu aka ariani . Tapi golongan muda-mudi tak bekenan sebab warna nya lebih kepada mak cik - mak cik . Selepas itu wujudnya Yuna yang memperkenalkan trend selendang , shawl dan pashmina ni bersama HANA T .


Kau tahu ke semua tu ? Kau tak tahu kan ? Jadi ? Baik ko diam . Faham ? . Sekarang ni tudung bawal harganya mahal , lebih kurung sehelai RM60 . Kan mahal tu . Dengan RM60 kita bola membeli 20 helai selendang yang hanya berharga lebih kurang RM 10-30 . Kan itu menjimatkan wang ? 


Ce kau tanya girlpren kau , dia pakai tudung macam Yuna  , macam Hana T sebab ape ? sebab dia pun nak ikut trend. Sebab dia nak style jugak macam orang lain. Aku bukan pakai tudung sebab nak ikut trend atau sebab aku tak de style sendiri . Aku pakai sebab itu perkara yang disukai oleh Allah . Aku nak pahala dan kau nak dosa sebab kau mengutuk orang yang memakai tudung . HA HA TAK TAHU , kau tangung la dosa kau sorang-sorang . Aku mengaku dulu aku memang nak kejar 'hot' sebab tu gambar aku kat mespes , fesbuk banyak yang tak pakai tudung . Aku malu sebab aku sebenarnya seorang yang pakai tudung , dan aku sekarang sedang berubah ke arah yang lebih baik dan sementara kau . Kau hanya seorang lelaki yang bermuka dua , yang hanya tahu menghabiskan duit membeli rokok . Dan aku rase kalau kau kumpul semua duit yang kau beli rokok tu kau dah boleh beli sebijik rumah untuk mak bapak kau . FAHAM ? 



Aku memang suka giler kat Yuna . Dan pasal guitar aku tu , suka hati aku la nak tunjuk-tunjuk kat kau , Aku tahu kau jeles . itsokeyh itsokeyh itwee tahu awak dengkis kat itewwww kan ? oppss iteww silap awak kan tak suka kat itewwww . MALUNYAAA SAYEWWW heheheh :)

Wednesday, May 11

My Best friend


Hi & Assalamualaikum.


Siapa ada kawan baik ? Saya ade 2 orang kawan baik . Tapi seorang tu dah nak masuk ''u'' . 

Saya sayang kawan baik saya . Saya tak banyak kawan baik sebab saya ni jenis yang insecure dan tak boleh nak percaya semua orang dan saya juga seorang yang pemalu . Jadi sebab tu kawan saya tak ramai .

Kawan baik saya cool , gempak gilerrr . Saya sayang dia . Dia selalu buat saya tersenyum , gelak beso tak ingat dunia . Nickname kawan baik saya ialah budak lindungan kahbah . Sebab ? Sebab bila kawan baik saya buat benda yang giler-giler dia tak pernah kena tangkap . 

Saya suka kawan baik saya sebab dia sentiasa ada bila saya sedih , gembira , duka . Bila saya perlukan teman , sokongan dia la tempat saya mengadu semua masalah saya . 

Saya suka tido dengan dia . Saya suka pergi rumah dia . Saya suka naik motor dengan dia . Saya suka pergi tandas dengan dia . Saya suka belari-lari pergi kantin dengan dia . Saya suka begosip dengan dia . Saya suka nak raba dia hehehe . Saya suka tangkap gambar dengan dia . Saya suka pegang tangan dengan dia .

Saya suka semua pasal dia . 


Kawan baik nanti pergi sana jangan lupa aku , jangan lupa sembahyang , jangan lupa nak mesej call kitaorang . Jangan berlagak dengan aku . Jangan lupa bagitahu bila kau balik cuti sem , jangan lupa kan kenangan manis kita . Jangan tak nak kawan dengan aku sebab aku tak masuk ''u'' . 

#k aku curi gambar ni kat fesbuk sebab aku suka gilak gambar ni . Cun wei .

I Know You Love Me XOXO


Hi & Assalamualaikum.

Gua sekarang ni tengah bengang . Apa masalah lu peminat setia ? Gua tak pernah kacau hidup lu . 

Dekat sekolah lu tak payah la nak usha panas kat gua . Gua tahu gua coomeyyy sangat dari lu . Kalau kecomeilan gua menyusahkan lu , lu pergi la duduk diam-diam kat tempat lain.

Lu jangan nak buat pasal kat kawasan gua . 



Gua tahu gua ni bajet macam hana tajima . Lu susah ke ? Lu langsi Lu mati

# Aku tahu kau suka giler kat aku xoxo , gebang girl hehehe .

Monday, May 9

Mother's Day Celebration


Hi & Assalamualaikum.


Semalam aku pergi sambut Mother's Day dengan family aku pastu aku bagi ibu aku bunga ros  k ni tipu , pekerja Eastin yang bagi hehehe . Aku tak bagi apa-apa pun hadiah kat ibu aku sebab aku rase adanya aku depan mata ibu aku pun satu hadiah buat ibu ceh padahal aku tak de duit  nak saving duit sebab nak beli jeng jeng jeng ...

Pastu kan masa kitaorang sampai kat lobby event tu da start jadi kitaorang semua cepat-cepat cari tempat . Duduk-duduk je along aku kenalkan semua kawan , chef Eastin kat kitaorang . Ish ish ish ingat ade la abang hensem kot kot bole ngorat tapi tak de pun hehehe . Semua orang yang along aku citer semua berbeza dari yang kitaorang dengar contoh CHEF SORI memang betul nama dia SORI . Along aku citer macam SORI tu gemuk , badan besar , botak habish padahal SORI tu kurus , ade la jugak rambut ( agaknya dia pergi yunam hair care ) . Kan nampak benor nipunyaaaa ( mak cik aku cakap usop wilcha dulu penyanyi dah tu dia CEO syarikat ape tah fuh fuh fuhhhyoooooooo usoppppppppppppppppppp ) k tiba-tiba je .




baby tu comeiiiii tapi aku lagi comeiiii kot HAHA


akhirnya dapat jugak makan tempayaki tapi selalu dimakan mentah-mentah ni special sebab along aku yang masak dah tu aku makan sebab ada MEAT je heheh.







ni cantik


yang ni aku tangkap gambar je makan tak 



ni ade bangla sesat nak sangat tangkap gambar dengan ayah aku . OMGGGG


3 beranak ( nasib baik aku tak duduk tengah hehehe )



gambar ni buruk , aku tahu .




Ayah aku ni pemalu padahal kat rumah suka nak tangkap gambar macam malik nor hehehe



Pastu balik rumah along aku call kate kawan-kawan dia kate yang eh tu adik akak ek ? lain la muka dia dengan akak ? dan aku kata yang aku anak angkat kat ibu dengan ayah , ibu ayah gelak - gelak je hehehe.



AKU TAHU AKU BAJET NAK JADI HANA TAJIMA JADI , APA SALAHNYA KAN ? 




Wednesday, May 4

A Day With My Cousin .


Hi & Assalamualaikum.


Hari tu saya pergi sambut birthday cousin saya . Ceh ceh konon nak menunjuk macam saya je cousin terbaik . Eh suka hati saya la , awak jeles kan ? hehehe . Tahun lepas pun saya sambut birthday cousin saya ni , tahun ni pun sambut sekali walaupun sekarang dia dah pindah ke Kulai , Johor . Cakap macam kulai tu dekat je .




ce awak tengok cake dia , BR tu . Giler tak aci :(






Besday Boy nak potong cake . Korang nampak tak ais cube kat keliling cake tu ? TAK nampak yea , tengok gambar kat bawah ni 





nampak tak yang saya bulat warna merah tu ? tu ice cube giler hebat la . Masuk dalam mulutkan terus keluar asap kat hidung . Fuh fuh fuh . 








Nampak tak asap tu ? Saya la giler bijak nak jadi einstein secara mendadak pergi buat eksperimen masukan ice cube tu dalam ice lemon tea saya dan rasanya fuh sedap sekali . Rasa macam air soda tu 






Ni baby saya , orang da habish makan baru nak bangun . Dah tu gediks nak pose lebih-lebih hehehe








group photo . Blur je ? Tak bolela nak tunjuk muka ahli keluarga saya yang lain , bahaya la . Nanti awak semua nak add family saya kat fb lepastunantilepastu abang yang depan sekali tu bajet HOT 



esoknya semua malas nak pergi sekolah . Dah tu ikut kitaorang pergi mandi kat Bukit Tinggi pulak ish ish ish .








Pastu kitaorang pergi Pantai Desaru tenogk-tengok je tak mandi pun . Pastu tersesatla gambar ni pulak heheh.pastu balik-balik rumah terus upload gambar . Tengok ni tengok ni :




okay , sila tutup mata dulu . saya ade surprise ni . 1 ... 2 ... 3 ....









Days Two : 10 Things You Love

Hi & Assalamualaikum.

10 Things You I Love .

1) I love Korean Boys , they're awesome boys in the world

2) I love my family , cousin , friends cause they're so cool

3) I love drinking milk , yougart , vitagen .

4) I love shopping especially shoes .

5) I love people admiring me .

6) I love the smell of books 

7) I love late woke up and late taking bath .

8) I love traveling . 

9) I love looking at the mirror and said '' you're so pretty '' .

10) I love rainy days and the smell of the rains .

Tuesday, May 3

How I end up hating you .


Hi & Assalamualaikum.


Aku tengah menyampah ni . Sebenarnya aku jeles macam mane mamat umur 17 tahun suka bebeno kat awek umur 18 tahun . Da la same umur dengan aku , bail dia suka aku je hehehe. Mamat tu ialah Justin Bieber . Macam mane la dia bole couple dengan Selena Comess kan ? Nak kate aku ni tak selawa Gomes tak de jugak , nak kate aku kurang menonjol tak jugak sebab aku selalu mimpi JB . 


Aku tak berapa minat Selena . Bukan benci tapi wa bukan big fans . Kawan lelaki aku berduyun suka sangat kat Gomes . Dah tu bila aku tanye sape paling cute antara Gomes dengan aku , mereka akan terus jawab Gomesss . Tak payah pikir untuk 0.00 saat pun . fuhhhh .


How I End Up Hating Don't Like Gomess .


1) Bila Miley berlakon Gomes pun nak berlakon .

2) Bila Miley menyanyi Gomes pun nak nyanyi , dan haram satu lagu dia pun aku tak hafal .

3) Miley C jadi bintang Disney Gomes S pun nak sibuk .

4) Miley C nak Nick J si Gomes pun nak juge .

5) Miley C nak kawan dengan Taylor S , Gomes nak kawan juge .

6) Miley C buat video dengan best friend dia si Gomess pun sibuk nak buat .

7) Gomes tahu semua suka JB tapi dia tetap nak suruh BELIBER benci kurang suka dia.

8) Gomes suka benor hancurkan perasaan aku . Dulu dia dengan Nick aku tak cakap ape ape pastu dia tukar nak Taylor Lautner si abang badan ketak ketak pulak aku diam lagi ni nak JB pulak aku dah tak bole tahan heheh.

9) Gomes suka sangat kat orang yang femes je .

10 ) Gomes sebenarnya cute tapi aku bukan big fans dia .





Tak payah la nak benci aku sebab aku tak suka Selena G . Aku bukan tak suka aku kurang minat je .


Monday, May 2

10 things about you


Hi & Assalamualaikum.

10 things about you me .


1. umur saya 18 tahun tapi saya tak de boyfriend

2.saya suka tido , makan .

3.saya kuat nangis . Tapi saya tak suka nangis depan orang ramai

4.dulu saya pakai braces 

5.saya suka baca buku . rak buku saya dah penuh sampai saya takut nanti dia himpit saya.

6.saya suka tangkap gambar sebab saya perasan saya cool

7.tinggi saya 160cm kot berat saya ..kg 

8.saya ade 3 eekor baby ( kucing ) 

9. mata saya separuh sepet , bila saya tangkap gambar mesti mata saya mengencil

10.saya suka abang korea lebih dari abang malaya hehehe :)