Tuesday, March 29

my ideal guy

                                                                                                                                                           


Hi & Assalamualaikum.



selamat tengah hari , hari ini saya nak becerita pasal '' my ideal guy '' . ibu selalu tanye saya yang saya suka type lelaki macam mane . ade ke yang smart  ,   selekeh  , cool  ,  jiwang  .  saya memang suka lelaki yang smart , comei la wei kan kan ? 


1.A man who taller than me 




dari dulu saya memang suka lelaki yang tinggi macam minho ( shinee) , lee minho tapi paling suka jungshin cnblue dia memang menepati tahap ketinggain yang saya idamkan . he might look like a girl because he so slim but i love his charm .


2.A man that can sing and play instrument 







giler suka lelaki yang pandai nyanyi or pandai main ape-ape alat muzik . nanti biler hari jadi saya tak payah susah susah nak tempah orchestra  bagai , dia nyanyi untuk saya pun da rase macam '' awww so sweettttttt '' kalau dapat macam BRUNO MARS bahagianya :)


3.A man that can ''rap'' dan menari









kenapa la saya suka lelaki yang boleh rap yea . rap tu cool and lelaki yang boleh rap lagi cool tapi nak lebih cool kalau dia boleh menari macam junhyung BEAST kehkehekeh






4. A man that i can depend on 

lelaki yang ade di sisi saya . yang saya boleh buat macam kawan . yang tak akan nak berkepit 24 jam . awww 24 jam giler rimas . tak suka lelaki yang nak berkepit 24 jam . a man that can makes me happy and laugh 24 hours and have sense of humor . i really like it .


5.A man that have high taste in fashion








sape yang tak suka kalau boyfiee dia macam model atau fashionholic kan ? YES YES YES saya terlalu suka lelaki yang up to date yang pandai berfesyen and pandai jaga imej . korang semua suka ke kalau boyfiee or husband korang selekeh , eeeee tak kan . sekurang kurang nya mandi 3 kali sehari , pakai minyak wangi , sikat rambut dengan rapi pun dah okay .


6.A man that have ''glow skin ''






sebenarnya saya dari dulu obsess kat lelaki yang kulit putih atau kulit dia dari putih dari saya . tapi andai la kalau boyfie atau husband saya tan skin , jangan risau babe saya terima awak seadanya kalau warna kulit awak seperti taylor lautner heheheh :)


7.A man that have amazing haircut 





cakap jujur yang saya memang suka lelaki rambut pendek . tapi tak la pendek sampai telinga tu , pendek sampai bahu pun tak pe macam jungshin ❤❤❤❤❤❤❤❤❤


kenape semua gambar '' korea guy '' sebab my ideal guy memang orang korea konon macam dapat je tak pe la wei daripada justin beiber tu semua orang nak dia saya tak nak la berebut-rebut kan . ni saya dah pilih korean guy ade chance la korang nak j.b hahaha . pada ketika ini ideal guy ialah junhyung ( BEAST ) dan jungshin ( cn blue ) . ini baru ideal guy yang saya anggap macam ideal boyfriend bukan ideal husband yea . ideal husband maybe 5 tahun lagi baru saya fikirkan . hyun bin dan won bin ialah ideal husband saya .




Saturday, March 26

cerita hantu musim panas


Hi & Assalamualaikum.


selamat petang kawan-kawan . tibe-tibe petang ni teringat pasai cerita hantu musim panas kat asrama dulu . masa saya umur 13 tahum bapaknya hantar masuk asrama kat khir johari . nama femes k.jo je . saya daftar masuk asrama lambat seminggu sebab surat tawaran datang lambat sebab masa tu cuti raya cina so posman pun cuti la sebab public holiday kan . 


ingat lagi , time tu tengah cuci kasut sekolah sebab semangat berkobar-kobar nak pergi sekolah minggu depan. pastu ibunya datang bawak surat tawaran kata ''adik baca ni '' saya pun baca le ''serius ke ni ? '' betul la tu pastu ibu tanye ''jadi nak pergi ke tak ? '' sebenarnya tak nak pergi tapi tengok ibu dengan ayah gembira dan ingin melepaskan diri dari dilabel anak manja oleh kawan-kawan , saya pun terima la tawaran .


masa mula-mula datang senior bukan main belagak tak hingat dunia . suruh semua junior ni tegur senior , tapi bila junior tegur senior senior buat dek je . what the hei  betul . mula-mula masuk saya tak de kawan kat dorm kat kelas pun tak de kawan . hari-hari menangis dalam hati kate ''ibu , ayah adik nak balik . i miss u '' dah 3 hari cam tu ada la kawan jugak . 


pastu pada suatu malam ni , selepas prep malam saya nak pergi tandas . masa tu lebih kurang dalam pukul 11 ke atas la . saya ajak kawan tapi diorang tak nak ikut pastu sebab masa tu saya pakai '' braces '' jadi kebersihan gigi mesti di jaga . giler sangat berdisplin la masa pakai braces dulu . sebab tak de kawan nak ikut saya pun memberanikan la diri walaupun sebenarnya tak berani mana pun . sebab nak hilangkan rasa takut siap nyanyi lagu kuat-kuat . sebab semua sabun, berus gigi , ubat gigi dalam baldi and baldi simpan kat tangga kena la pergi amik dulu kat situ . dalam kesibukan menyanyi dan mencari berus gigi tibe - tibe pintu kecil terbuka dengan sendiri macam ni bunyi nya '' krekkkkkkkkkkkkkkkkk '' jantung  berdegup giler laju dah tak ingat cara nak berhenti dah . dalam otak berkata , otak kanan bercakap dulu '' ada orang ke ek ? '' otak kiri '' ishh giler ke ko ni , ni kan dah ,malam sape yang nak main nyorok-nyorok '' otak kanan '' buat dek je , kalau kita tak kacau dia , dia tak kacau kita '' otak kiri '' cari berus dan ubat gigi cepat pastu cepat-cepat gosok gigi ''  diri sendiri berkata ''baik ko cepat qiqi oiii '' lepast tu cari la berus dengan ubat gigi sepantas kilat.


dalam toilet pulak gosok gigi cepat-cepat sambil menyanyi then terus menuju ke dorm tanpa menyimpan berus dan ubat gigi . sampai dorm terus naik katil , selimut badan baca doa terus tido . saya tak pernah cerita kat kawan-kawan kat dorm pun sebab takut diorang tak percaya . samapi ke hari ni ingat lagi cerita ni , giler seram.






yuyu zulaikha komen belog teman .


Hi & Assalamualaikum.



selamat pagi . bagun pagi dengan mata yang bengkak pastu terus menuju pintu ke dapur dan terus menyapa '' baby baby kesayangan '' sambil berkata ''watchu doing '' . okay tu memang slang saya HEHEHE . pastu cuci my baby poo * tahi hehehe then bagi makan . 

lepas sarapan tibe-tibe tergerak hati nak bukak belog tu pun macam sekejap je la . pastu tengok-tengok ade satu comment and guess what ? yuyu zulaikha komen my blog . okay saya tahu bunyi macam nak show off or macam jakun but aku giler happy and terkejut la kak yuyu tu komen i mean dia kan famous blogger heheheh . 






teruja , terkasima , dan ter ter yang lain . ni link belog kak yuyu :)








Friday, March 25

makan ubat ikut b*****



Hi & Assalamualaikum.





selamat pagi . hari ni aku nak cerita pasal ubat . okay , masa aku kecik-kecik dulu aku selalu demam . setiap tahun demam , setiap bulan demam , setiap minggu demam ,  dalam seminggu demam berapa kali  la . pokoknya setiap bulan mesti akan ponteng sekolah . best wei , asyik-asyik cuti . bila datang sekolah semua kawan tanya '' nape ko tak datang banyak hari dah wei '' aku jawab la demam . dame kata '' yeke demam ? '' what the hei orang dah kate demam , demam la . tak percaya suda kaw yang rugi dapat dosa pulak tu sebab fitnah orang hahaha.




pastu dalam berape tahun kemudian , aku kena buat operation . gilerr excited sebab dapat masuk bilik bedah padahal aku yang kene bedah . ibu bilang aku ade sakit ''tonsel ''  *gini ke eja dia ? abaikan okay  . tonsel means anak tekak . kalau anak tekak aku membesar tu tandanya aku nak demam dan bila aku nak demam anak tekak aku mesti membesar . bila aku demam segala ubat-ubatan akan dimasukkan kedalam mulut aku . 

cakap jujur ni , ade sekali tu suhu badan giler tinggi macam gunung berapi . semua orang kat rumah panic pastu bawak pergi klinik semua balik rumah ibu panggil pergi bilik . aku pun pergi la berjalan sambil bawak teddy bear . ibu suruh aku bukak seluar * okay ini kisah masa aku kecik jadi amik mood budak-budak okay ? 



ibu : adik bukak seluar cepat .

me : nape ? ala , sekarang ke ? malu la .

ibu : cepat la , nak masuk ubat dalam b******

me : ape ? b***** nape kat situ ?

ibu : doktor suruh masuk ubat kat situ sebab ubat telan tak berkesan . cepat la panas giler badan adik ni 

me : automatik bukak seluar sambil pejam mata 

ibu : amik ubat dalam plastik 

me : cepat la ibu 

ibu : sedang memasukkan ubat ke dalam b*****

me : secara automatik kaki naik tinggi 

ibu : sabar la 

me : geli la ibu sambil menangis sebab sakit kot  wey

ibu : sabar yea adik




lepas dah masuk ubat semua pergi tandas basuh muka sebab aku menangis tahan sakit . sakit la wey masuk ubat dalam b***** kaw ingat tak sakit ke ? cuba kaw try rase sikit sakit ke sedap . bila pergi bilik ibu , mesti teringat kisah ini . selamat sekarang dah sihat tak payah nak masuk ubat dalam b***** lagi kehkehekeh.


Thursday, March 10

wa ingat lu cina


Hi & Assalamualaikum..



selamat pukul 12 tengah hari dong . entry hari ni gila macam s.s *syokk sendiri . siapa sebenarnya cina ? siapa sebenarnya yang tanya ? okay citer ni terjadi time aku masih sekolah , time aku famous kat sekolah . dulu la weyh dulu . giler perasan tehhh T.T  kalau tak suka nak baca sila tekan X . 

 masa aku sekolah aku join kadet remaja sekolah . tapi aku tak aktif , aku ahli paling pasif  . hari rabu tahu datang sekolah pakai baju kaler hijau je . tu la yang aku tahu . kawad-kawad ni pun aku tak tahu sangat . ada sekali tu cikgu dende unit aku sebab kitaorang lembab giler nak bagi reaction , jadi dia pun suruh kitaorang buat push up . ko gilerrr dah la ramai orang tengok tapi geng-geng aku semua buat tipu-tipu . biler cikgu cakap ''down'' kitaorang semua tekan batu bata kat tapak perhimpunan biler dia cakap ''up'' bangun dengan muka yang happy . 


benda yang aku paling tak suka dalam kadet bajet *bukan remaja * ialah kawad . ciss , menyampah aku dengar nama ni pun aku nak termuntah pink . setiap ahli dalam kadet bajet ade kumpulan . pastu bercampur la dengan kaum india cina singh nya . pastu tengah dalam barisan ni tiba-tiba ada budak junior kaun india tanya  :


budak junior : akak , akak ni cina ke ?
me : tak dengar sebab sibuk bergosip pasal si S 
budak junior : akak ?
me : saya ke ?
budak junior : ha , akak ni cina masuk islam ke ?
me : tak la saya memang islam 
budak junior : yeke ? mata akak sepet pastu akak cakap pun sleng cina 
me : gelak-gelak *padahal hidung dah kembang giler .
budak junior : speaking bahasa dia dengan kawan dia sambil tengok aku *gaze eyes yang tajam giler  *




maaf yea , gambar aku semua gambar syok sendiri . ce tengok ce tengok sikit ade macam cina ke aku ni ? aku ingat aku macam korea hahahah giler perasan 



❤❤❤❤❤❤❤❤❤ 






kimie dan fatin liyana satu teammm !


Hi & Assalamualaikum..






selamat pagi . ini cerita tahun lepas puya tahun lepas okay ? masa raya 200?? bape tah kitaorang satu family nak pergi beraya kat rumah pak long . pastu aku dengan angah saje je la nak naik dengan pak su . kimie duduk kat depan sebab tak cukup tempat . masa tu dalam keter pastu kime tibe-tibe cakap dia nampak anjing warna hitam . Hello ? ni kawasan kampung orang melayu mane la ade binatang alah tu *anjing * 

kimie : ibuu , tengok tu anjing ?
mak su : mane ?
kimie : tu ha dia tengah berlari-lari 
mak su : yang hitam tu ke ?
kimie : a'ah *sambil gelak-gelak tengok anjing tu *
mak su : tu kambing la adikk , bukan nya anjing 

kiatorang punya gelak tak ingat dunia . 


mak su : yaya tengok tu anak awak , anjing dengan kambing pun tak tahu beza
pak su : adikk adikk tu kambing la .
kimie : mana la kime tahu , kimie ingat anjing 
mak su : tu la duduk bandar tak pernah nampak binatang macam tu 
kimie : a'ah adik orang bandar *nada budak bandar cakap , giler annoying *
kirin : kita orang bandar kan adikk
kimie : a'ah kita orang bandar 

lawak giler weyh , sekali pandang pun aku tahu tu kambing bukan anjing . tu la lain kali tengok animal planet bukan nya chowder  heheheh .




okay , fatin liyana juga mengalami situasi sebegini sila klik sini 






ini anjing okay ?


ini baru la kambing 



Wednesday, March 9

adik kaw tu , tengok korea tak hingat dunia .


Assalamualaikum...




selamat malam dong , hari ni kita guna kata ganti name ''gua'' baru ada class weyh . 


gua ni peminat tegar korea , ape-ape pasal korea gua amek tahu . kiranya kipas susah mati ( die hard k-pop) konon la konon . gua minat korea dah lame sejak lahir-lahir lagi kot . nampak sangat menipunya hehehe . dulu waktu gua ni addicted giler nak mati kat korea hai-hari gua tengok tv , bukak laptop layan youtube sekarang pun same je tapi tak seaddict macam dulu . 


leeinjun:

YEAH beast!! Im proud *cry* i can feel the pain when your first debut.
i'm big fan of BEAST since their debut okay ?


teringat zaman ft-island mula-mula debut , giler terpikat kat hongi dengan sekali pandang . phewwwwwww giler comei taw ft-island mase diaorang mule-mule debut . giler inoccent je muka . pastu teringat lagi time snsd aka girl generation mula-mula debut gua la antara peminat terawal yang minat diorang . ni belum part yang aku jatuh hati kat jaejong waktu tvxq tak berpecah lagi . 


dulu time masih sekolah balik-balik rumah je terus menghadap komputer layan youtube cari video korea tak kira la lagu ke , citer ke semua gua layan sampai malam pun ade . dulu sebab kakak kakak gua tak minta sangat kat korea , gua kene curi-curi bukak youtube nak dengar lagu baru pastu pasang volume pelan-pelan sebab takut diorang menyibok heheheh . pastu kalau layan citer yang emo sikit siap amik blanket tutup kepala semua padahal nak cover nangis hahaha . 

sekarang pun same jugak , hari-hari tengok citer korea dengar lagu korea pastu selalu kena marah dengan ibu dengan ayah padahal ibu pun sama layan citer korea macam '' grudge of gumiho'' , '' slave hunter'' , ''cinderella stepsister'' dah tu kalau dah pukul 9 malam gua masih tak tukar channel lagi ibu dah bising suruh tukar . pastu biler gua tengah study siap ketuk bilik tanya channel kbs berape . ish ish ish tak faham betul gua hehehe .



*sejak dua menjak ni chansung nampak handsome la weyhh woot wooot ❤❤❤





Monday, March 7

Top 2 #


Assalamualaikum...

selamat malam kawan-kawan . tadi saya pergi mcd pastu tengah makan ni tibe-tibe teringat kenangan gempak giler kat mcd . saya ni kaki makan , tapi suka makan makanan yang mahal-mahal like fast-food , western food and etc .






makan punya makan teringat kat cerita : 


2# aiyooo nyonya , lu pusing stering aje la 

  satu hari tu , saya nak makan mcd so ayah drive- tru je la . pastu lepas dah bayar semua ni nak pergi amek la makanan yang diorder tadi tu tapi tengok macam jam . tunggu punya tunggu keter depan punya depan tu tak begerak so kitaorang dalam keter ni dah panas la . even air-cond terpasang pun kalah tahu ? pastu ayah turun pergi tengok ingat ade accident buat ade nyonya ni dia nak fort ranger , tapi dia takut nak pusing stering sebab dia takut keter dia calar . giler nampak sangat dia sayang keter lebih dari nyawa kan ? pastu ayah bagi la instruction kate pusing stering tu ke bla bla bla tapi tak de ape-ape yang terjadi sampai ayah sendiri yang bawak keter nyonya tu and semua orang lega sebab dapat makan dan pulang .


drum roll please *doooom doommm dooooommmm 




no 1# abang nak sudu .

kejadian ni berlaku kat mcd jj . mastu tu along ,angah , ibu , ayah semua ada . sebab kami anak -anak ni dah lapar kami pergi la order dulu kat mcd tu . pastu makanan pun samapi la . time nak makan ni sudu saya tak de . makan burger guna sudu ke ? gua makan bubur le bhaii mesti la guna sudu kan ?  sebab malas giler nak bangun  kami adik-beradik ni siap lat ta li lat lagi nak tengok sape yang akan pergi mintak sudu . last-last saya kalah pastu dengan berat hati dan kakinya pergi la jugak kan . masa nak pergi mintak sudu tu , abang kat cashier tu tengah tuduk 



me : abang nak sudu satu ?


gua tunggu dia bangun 


abang : abang ko panggil 


me : dalam hati berkata ( omg , dia laki betul la dia abang . )  gluppp gluppp *telan air liur  sambil perhati seluruh muka dia and perasan dia pakai eyeshadow pastu secara automatic cakap " opppssss , sorry kak nak sudu satu ''


abang yang menggaku kakak : '' nak sudu satu je ke "  *siap senyum ronggeh lagi 


me : a'ah satu je * tahan nak gelak 


pastu balik tempat duduk along dengan angah dah tergelak-gelak giler malu dongggg . pastu time nak balik abang sebelah kakak eye shadow tu cakap terima kasih pastu dia gelak-gelak . gua gilerr malu . pastu jalan laju-laju heheheh .