Saturday, March 26

cerita hantu musim panas


Hi & Assalamualaikum.


selamat petang kawan-kawan . tibe-tibe petang ni teringat pasai cerita hantu musim panas kat asrama dulu . masa saya umur 13 tahum bapaknya hantar masuk asrama kat khir johari . nama femes k.jo je . saya daftar masuk asrama lambat seminggu sebab surat tawaran datang lambat sebab masa tu cuti raya cina so posman pun cuti la sebab public holiday kan . 


ingat lagi , time tu tengah cuci kasut sekolah sebab semangat berkobar-kobar nak pergi sekolah minggu depan. pastu ibunya datang bawak surat tawaran kata ''adik baca ni '' saya pun baca le ''serius ke ni ? '' betul la tu pastu ibu tanye ''jadi nak pergi ke tak ? '' sebenarnya tak nak pergi tapi tengok ibu dengan ayah gembira dan ingin melepaskan diri dari dilabel anak manja oleh kawan-kawan , saya pun terima la tawaran .


masa mula-mula datang senior bukan main belagak tak hingat dunia . suruh semua junior ni tegur senior , tapi bila junior tegur senior senior buat dek je . what the hei  betul . mula-mula masuk saya tak de kawan kat dorm kat kelas pun tak de kawan . hari-hari menangis dalam hati kate ''ibu , ayah adik nak balik . i miss u '' dah 3 hari cam tu ada la kawan jugak . 


pastu pada suatu malam ni , selepas prep malam saya nak pergi tandas . masa tu lebih kurang dalam pukul 11 ke atas la . saya ajak kawan tapi diorang tak nak ikut pastu sebab masa tu saya pakai '' braces '' jadi kebersihan gigi mesti di jaga . giler sangat berdisplin la masa pakai braces dulu . sebab tak de kawan nak ikut saya pun memberanikan la diri walaupun sebenarnya tak berani mana pun . sebab nak hilangkan rasa takut siap nyanyi lagu kuat-kuat . sebab semua sabun, berus gigi , ubat gigi dalam baldi and baldi simpan kat tangga kena la pergi amik dulu kat situ . dalam kesibukan menyanyi dan mencari berus gigi tibe - tibe pintu kecil terbuka dengan sendiri macam ni bunyi nya '' krekkkkkkkkkkkkkkkkk '' jantung  berdegup giler laju dah tak ingat cara nak berhenti dah . dalam otak berkata , otak kanan bercakap dulu '' ada orang ke ek ? '' otak kiri '' ishh giler ke ko ni , ni kan dah ,malam sape yang nak main nyorok-nyorok '' otak kanan '' buat dek je , kalau kita tak kacau dia , dia tak kacau kita '' otak kiri '' cari berus dan ubat gigi cepat pastu cepat-cepat gosok gigi ''  diri sendiri berkata ''baik ko cepat qiqi oiii '' lepast tu cari la berus dengan ubat gigi sepantas kilat.


dalam toilet pulak gosok gigi cepat-cepat sambil menyanyi then terus menuju ke dorm tanpa menyimpan berus dan ubat gigi . sampai dorm terus naik katil , selimut badan baca doa terus tido . saya tak pernah cerita kat kawan-kawan kat dorm pun sebab takut diorang tak percaya . samapi ke hari ni ingat lagi cerita ni , giler seram.






No comments:

Post a Comment