Sunday, May 29

Cinta Pertama


Hi & Assalamualaikum. Jealous la tengok kawan-kawan kat facebook sikit-sikit buat '' in a relationship '' . Yang lagi parah bila siap buat married married . Yang buatnya semua muda mudi , kemain baru umur tiga belas keatas ngada - ngada nak buat statement yang dia dah kahwin . Aku yang umur lapan belas tahun ni pun tak pernah nak buat statement gitu hikhik .


Aku dulu ade 3 orang buah hati . 3 je tak banyak mana pun , tu pun cinta monyet je . Dulu aku ingat aku begitu sukan mereka . Cis , sekma giler ayat aku hehehe . Aku percaya yang diorang pun suka aku seorang je . Tapi bila aku dah besar aku pandai bezakan yang mana reality dan fairytale . Aku dah tahu bezakan antara suka dan disukai . Sebelum aku declared yang aku memang suka kat dia aku akan tanya hati aku . Adakah benar aku suka dia atau aku suka disukai oleh dia . Kenapa hati ada satu ? kadang-kadang aku tak dapat nak buat keputusan muktamad . 


Dulu sebelum aku nak ada buah hati , aku mesti tanya kawan-kawan aku . Dan bila kawan-kawan aku puji sikit si dia mesti aku suka hehehe . Sekarang hati aku kosong , tak de pemiliknya . Mungkin aku akan jumpa pencuri hati aku suatu hari nanti . Aku mengaku yang aku seorang yang memilih , aku nak lelaki macam GD jadi buah hati aku tak pun kalau ada muka ala-ala cina pun aku dah puas hati da . Hubungan aku tak pernah nak lebih setahun pun . Baru couple 3 bulan putus dan sampai sekarang aku dah tidak mempunyai buah hati sebab aku rasa takut dilukai lagi ceh ayat jiwangnya hukhuk . 


Aku ada kawan baik , dia seorang lelaki . Aku suka dia . Aku sayang dia . Bila dia tak ada aku rasa macam ada benda yang kurang kat aku dan sampai la suatu hari dia bagitahu yang dia sebenarnya suka kat aku . Aku happy sebab dia suka aku . Tapi perasaan aku kat dia makin lama makin pudar . Aku sendiri pun tak tahu sama ada aku suka dia betul-betul atau sekadar nak balas balik perasaan dia . Aku tahu dia sayang aku . Tapi aku rasa bila aku couple dengan dia hubungan aku dan dia sebagai kawan aku akan goyah . Aku suka kalau dapat communicate dengan '' boyfren '' sebagai kawan . Maksud aku , aku suka anggap boyfren aku macam kawan . Kawan yang boleh aku tendang , tampar , cium pipi dia laju-laju bila dia marah . Opsss sorry itewww teroverr hikhik . Tapi bila kawan kita jadi boyfren kita hubungan kita sebagai kawan akan goyah . Contohnya , bila aku gaduh dengan boyfren aku iaitu merangkap kawan baik aku , aku nak mengadu kat siapa . Dulu kalau '' kawan baik '' sebelum nak taraf jadi '' boyfren '' aku boleh citer semua masalah ni kalau dah itu la kawan baik itu la boyfren aku nak mengadu kat siapa ? lelaki lain ? aku okay je hehehe . Kawan baik aku terlalu baik untuk aku , aku tak layak untuk dia . Aku suka apa lelaki baik-baik ni cuma aku rasa yang aku tak layak untuk diorang . 


Hai . Kawan baik , saya tahu awak baca ni . Saya tahu awak suka saya sangat sangat dan saya errr suka awak jugak . Jujur saya cakap saya suka awak , faham ? Cuma saya tak nak hubungan kita sebagai kawan terjejas dengan perasaan kita yang belum matang ni . Saya tahu awak nak kahwin dengan saya kan ? Saya pun nak kahwin jugak hehehe kalau ada jodoh , awak dengan saya tak kemana . Awak jangan risau okay ? Saya tetap sayang awak  ♥♥♥ 





No comments:

Post a Comment