Monday, April 11

aku bukan lah seorang pelajar yang cemerlang.


Hi & Assalamualaikum.



Selamat malam semua , tadi aku saje la bukak folder gambar aku kat handphone pastu terlihat gambar ini: 






ini Ridwan kekasih gelapku . Dulu aku tak suka dia tapi entah macam mana form5 aku dapati dia ni comei jugak hehehe jadi aku mengambil keputusan nak suka kat dia . Tapi bila aku kata aku nak kahwin dengan dia , elly dengan fana mesti nak halang aku daripada mempunyai cita-cita begitu hehehe. Rindu nak gaduh dengan korang dengan efa , tiqah :(


untuk pengetahuan semua aku ni bukan pelajar cemerlang kat sekolah,aku pelajar yang bemasalah .Korang TAK TAK TAK percaya ke ? aku tahu korang mesti tak tak tak percayeww kan sebab aku ni kan comei jadi tak nampak macam aku bermasalah kan ? hehehe.okay cukup , aku tipuu :0 . aku memang pelajar yang bermasalah meskipun rekod pelajar aku bersih bersinar , tetapi aku memang bermasalah dari segi displin sampaikan pengetua aku pun selalu tegur aku sebab dia sayang lebih kat aku HAHAH.






aku selalu datang sekolah lambat




-  aku sebenarnya tak de masalah nak bangun awal ni. cuma aku suka mandi lama-lama sampai ibu aku marah    .Pastu aku suka pergi sekolah 5 minit sebelum loceng berbunyi sebab aku malas nak beratur .Kadang-kadang aku kena amik nama dengan pengawas . sebab aku ni baik aku selalu la bagi nama penuh dengan kelas aku tak macam kawan aku selalu tipu nama. contohnya kalau dia lambat hari isnin dia tulis nama dia Fatimah kelas 5 wira kalau hari selase nama Rabiatul dan seterusnya . Tapi memang tak pernah kena tangkap la dengan pengawas aku pun tak tahu sema ada dia bertuah atau pengawas tu yang bodoh .




 Pastu aku dengan kawan aku penah datang lambat sampai perhimpunan tamat baru datang pastu siap boleh pergi top up kat petronas , sampai semua orang kat petronas tu pandang semacam. pastu dah sampai pintu pagar buat muka kerek sampai pengawas tegur pun tak takut sebab ala pengawas tu semua junior kitaorang takut punya dengan kitaorang ni .






pengetua sayang aku lebih dari budak kelas peralihan.


-jujur weyh pengetua aku memang sayang aku lebih la.Kat mana ada aku mesti ada pengetua.Masa aku tengah belajar subjek sains kawan sebelah aku kata dia sakit kepala jadi dia pun letak la kepala dia kat atas meja sebab aku tak nak kantoi dengan abe ( cikgu sains aku ) aku pun letak la kepala kat meja tanya nak minyak ke ? alih-alih tiba-tiba ade lembaga datang serang aku dari belakang . pastu aku panas la tiba-tiba pukul orang ni aku pun pandang belakang tengok pengetua yang pukul aku .Satu kelas terkejut sebab dengar pengetua marah aku tido pastu bila pengetua dah keluar abe perli aku tapi aku tak kisah sebab aku memang tak tido . Allah maha mengetahui dan kawan sebelah aku pun tahu aku tak tido.




lagi satu kes , masa tu ada rehearsal hari anugerah .Dah 5 tahun aku sekolah baru la aku dapay merasa naik atas pentas terima hadiah . Memang la rehearsal tapi jantung aku berdeba giler.Tiba giliran aku , aku pun naik la pentas tu pastu buat-buat amik hadiah dah turun pentas aku tarik nafas lega pastu aku jalan la nak pergi tempat duduk aku sekali pengetua panggil aku , aku pun pergi la . Dia tegur aku kata kasut yang aku pakai tak boleh pakai kat sekolah, masa tu aku pakai kasut flat yang tak bertali tu sebab aku rasa kalau aku keluar pusat sumber mestila aku yang menang sebab aku pantas dan tuntas pakai kasut hehehe.Pengetua pun kata la '' jangan pakai kasut ni esok yea, esok ramai orang datang and blablabla '' aku pun mengangguk la sambil buat muka bodoh .




Aku selalu kena denda .


Tengok-tengok , pelajar perempuan tak ramai yang kena denda kan ? Tapi aku selalu kena denda bila ade subjek sains dan bila ada subjek sains aku mesti kena denda . Aku pun tak tahu la kenapa ya . Kalau kelas abe aku je la pelajar perempuan yang kena denda yang lain semua lelaki .Ramai kawan aku tanya aku tak malu ke kena denda ? aku cakap ek eleh , buat apa nak malu bukan aku bukak baju lagipun korang semua kan kawan aku tak de la aku segan sangat. Aku selalu kena denda berdiri kat penjuru , kadang kadang berbaris kat depan pastu akula yang paling hujung sebab aku je perempuan . 






Bila aku fikir-fikir balik , aku sebenarnya tak kisah la kena denda , kena tegur sebab aku rasa tu fun fun fun and fun . macam kalau aki dah tua esok aku bola cerita kat cucu cicit aku , pastu aku bangga sebab kisah zaman sekolah aku menyeronokkan daripada kisah korang sebab apa ? sebab aku lain dari korang HEHEHE.



1 comment: