Tuesday, January 11

kindergarten memory # 1

update hari ini bukanlah suatu cerita yang mengemparkan . cerita ini berkenaan dengan zaman sekolah tadika or translate dalam englis kindergarten okeyy. * nasib baik aku tolong translatekan , tak mengape aku paham akan kesulitan korang HAHAH (ayat bunyi nak mintak penyepak je)



aku dulu sekolah tadika , Tadika Kemas je . tak macam korang yang attend sekolah Smart Reader . Smart Reader hanya untuk golongan yang kaya-kaya je . aku tak kaya jadi ibu ayah tak hantarlah aku pergi Smart Reader . Smart Reader nampak macam best , cool giler . tapi baju seragam tak lawa macam baju sergam Tadika Kemas . dah la color warna merah + putih *ewuu warna merah pulak tu , not my taste okeyy . Baju seragam Tadika kemas kaler biru lagi lawa dari smart reader .


cuba lihat gambar rajah dibawah ini : 






ini ialah ( guna ialah tu skema badut doe) lambang tadika kemas . moto tadika kemas ialah (ialah lagi ) 3C = Cerdik , Ceria , Cergas 



gambar rajah dibawah ini ialah lambang Smart Reader 




moto dia every child's dream school konon ( dah lah yuran mahal ) memang la every child's dreams school sebab tak semua orang dapat attend tadika Smart Reader ( betul kan ? ) 





aku rasa aku dah terlampau jauh ke tokyo dah ni . ini bukan pasal memory tadika dah , ini pasal mengluahkan perasaan tidak puas hati a.k.a jeles sebab tak dapat attend smart reader.oke let's straight to the point . aku attend tadika kemas waktu aku umur 4 tahun kot * i'm not sure la . tadika aku dekat dengan rumah aku , tapi aku kena melintas jalan nak ke tadika pada setiap hari . setiap pagi ibu mesti ikat tocang "pokok kelapa" dulu style ini famous wei pastu hantar aku melintas jalan . kadang - kadang aku pergi tadika seorang diri dengan melintas jalan seorang diri *hebat tak aku .  * reaksi pembaca ( aku bet mesti macam ni korang cakap nanti ) .yela hebat la sangat , kalau kena langar tak pasal-pasal je mati katak


kat tadika aku tak ramai kawan *boleh dihitung guna satu tangan je (that means tak sampai 5 orang pun kawan aku )  yang aku ingat aku kawan dengan aiman & aku terlupa lah nama dia tapi serious aku memang ingat muka dia . ha , tu jelah kawan aku kat tadika . mula-mula masuk tadika lebat mata aku , habish tadika aku basah lenjun sebab aku nangis tak henti-henti *maklumlah anak manja . pastu masa darjah satu pun macam tu nangis jugak . wah malu siut ingat balik kisah lama-lama hehehe.


kat tadika best sebab dapat makan 3 kali sehari . makan pagi,tengah hari dan petang . sebab tulah aku dah tak nangis selang beberapa hari lepas tu heheh sebab dapat makan . lepas habis kelas kat tadika pergi rumah penjaga iaitu MAK CIK KAM *dah lama tak jumpa , mak apa kahbar ? harap baik-baik saje . ( aku yang tanya dan akulah yang jawab ) . kat rumah mak aku duduk dengan aiman & *yang tak bernama ( sebab aku tak ingat nama dia ) jap wei jap aku rasa nama dia HAFIZAH yea wei nama dia hafizah *yeah aku dah kembali normal sebab dapat ingat memory dulu-dulu HAHAH.kami bertiga lepas habish tadika duduk rumah mak sebab kat rumah sendiri tak de sape nak jaga . Bestlah bila bertiga asyik main dan main dan main 24/7 tanpa henti  kehkehkeh .

rindu giler zaman tadika dulu sebab tahu main main dan main saje .





No comments:

Post a Comment