Akan ada yang terluka
Bila kita memberi pendapat tentang sesuatu perkara
Akan ada yang terguris hati
Bila kita menulis apa yang terbuku di fikiran
Akan ada yang menangis
Bila kita menjadi diri sendiri
Akan ada yang menyindir
Bila kita melakukan kesalahan
Akan ada yang mengingatinya seumur hidup
Bila kita gembira
Akan ada yang cemburu
Bila kita bersedih
Akan ada yang bergembira
Manusia memang sebegitu rupa .
Mempunyai pelbagai watak dan personaliti
Ada yang baik , jahat , ikhlas dan sebagainya
Dan ada juga yang tidak suka melihat kebahagiaan orang lain .
'' kita kena bangga jadi diri sendiri baru nampak hebat , baru tak plastik '' -nyot

Kita dah tersukaaa kat dia la , cano ni ?